Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
"Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan"
(Riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut
apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan
kayu-kayan"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
Dari Abu Dzar r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir', padahal yang dipanggil itu
tidak sedemikian, maka akan kembali kepada diri si pemanggil itu sendiri"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang
mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang oleh sahabat karibnya, oleh
itu berhati- hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala
seperti yang diperolehinya"
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih
menakutkan daripada pemandangan alam kubur"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu,
kerana itu perindahkanlah nama kamu"
(Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia
semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada
bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya melalui sepatah kata, ia termasuk
turut terlibat di dalamnya"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
Khamis, 18 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan