Galakkan Mendahulukan Yang Kanan
Dari Aisyah r.a berkata adalah nabi SAW sangat tertarik kepada mendahulukan yang kanan dalam memakai sepatu, menyisir rambut, berwudhu’ dan segala urusannya.
al-Bukhari , Muslim
Huraian
Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah SAW apabila memakai sepatu (kasut /selipar), baginda mendahulukan kaki kanan sebelum kaki kiri dan apabila menyisir rambut baginda menyisir belahan kanan sebelum belahan kiri demikian juga apabila berwudhu’ baginda mendahulukan anggota kanan sebelum anggota kiri.
Semua ini adalah sebagai sempena yang baik sebagaimana yang disebutkan dengan istilah ashabul Yamin (golongan kanan) sebagai penghuni syurga. Demikianlah sepatutnya kita mulakan yang kanan bagi segala perkara yang baik dan mulia dan memulakan dengan yang kiri bagi perkara yang sebaliknya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, membuka baju dan sebagainya.
Rabu, 17 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan